Land Rover Defender 130 Outbound 2024 debut dengan lima tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup dengan penawaran sedia ada, Land Rover telah menambah sebuah lagi model edisi khas yang dinamakan sebagai Defender 130 Outbound 2024.

Boleh didapati dalam versi petrol P400 atau diesel D300, model edisi terhad itu akan ditawarkan dalam versi lima tempat duduk sahaja, menjadikan ruang kargo belakang yang jauh lebih besar.
 

Defender


Terdapat beberapa ciri menarik termasuklah kemasan Shadow Atlas Matt pada bampar dan jeriji, liang sisi Anthracite, serta penawaran rim bersaiz 20 inci Gloss Black atau 22 inci Shadow Atlas Matt.

Pilihan warna pula terdiri daripada Fuji White, Santorini Black, Carpathian Grey atau Eiger Grey sementara ruang kabin pula mendapat pilihan kulit Windsor atau fabrik Resist, headliner Ebony Morzine dan venir Robustec.
 

Defender V8


Bagi mereka yang mahukan lebih kuasa, Defender 130 juga boleh didapati dengan nadi V8 5.0 liter pengecas lampau yang mampu menghasilkan 493 hp dan 610 Nm.

Pecutan Defender V8 ini adalah sepantas 5.7 saat dari 0-100 km/j.
 

defender


Selain daripada itu, pembeli Defender 110 pula boleh mendapatkan opsyen County Exterior Pack yang mengambil inspirasi daripada model asal Defender County.

Ciri unik termasuklah grafik retro pada bahagian sisi, treadplate bercahaya dengan grafik County, rim 20 inci dengan kemasan Gloss White, serta pilihan warna Fuji White, Santorini Black atau Tasman Blue.


Land Rover Defender County Exterior Pack

Berita Berkenaan

Berita Global
Bahagian restorasi rasmi Land Rover itu mengambil Defender yang dibina antara tahun 2012 hingga…
Berita Global
Keputusan ini menandakan penutup kepada satu era panjang sejak model pertama Land Rover…
Berita Global
Sebagai alternatif yang jauh lebih menarik, muncul satu binaan luar biasa dikenali sebagai Osprey…