Land Rover dedah imej acah Defender 130 - konfigurasi lapan tempat duduk, debut 31 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover bakal melancarkan sebuah lagi model baharu sebagai pelengkap kepada penawaran model Defender 90 dan Defender 110 sedia ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini, sudah banyak berita dan gambar intip yang memperlihatkan bentuk sebenar Defender 130 dengan dimensi yang jauh lebih panjang, dan menurut Land Rover ia mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa dengan susunan 2-3-3.

Berdasarkan gambar yang dibekalkan, boleh dikatakan Defender 130 masih lagi mengekalkan rekan bentuk dan panel badan yang sama seperti Defender yang lain, cuma dengan dimensi yang bertambah di mana jarak antara roda dan jarak gantungan belakang yang lebih panjang.
 

Defender


Tiada sebarang ukuran rasmi diberikan, namun Defender 130 dijangka membawakan ukuran sepanjang 5,100 mm, atau 342 mm lebih panjang berbanding Defender 110 atau 777 mm lebih panjang berbanding Defender 90.

Penawaran enjin juga dikatakan sama sahaja dengan apa yang ditawarkan pada model sedia ada, termasuklah versi Defender V8 yang lebih berkuasa dengan nadi V8 5.0 liter yang mampu menjana kuasa 518 hp dan 846 Nm itu.

Land Rover Defender 130 bakal muncul secara rasmi pada 31 Mei ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…