Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II, dari RM1.2 juta dan 25 buah sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II
Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II
Land Rover Classic melancarkan sebuah lagi edisi khas yang menggiurkan dan mampu membuatkan peminat tidak senang duduk.

Hanya 25 buah Classic Defender Works V8 Trophy II dikeluarkan dan dibuat bagi meraikan warisan off-road dan penerokaan global jip itu

Land Rover boleh dianggap kenderaan warisan dunia dan telah menjelajah muka bumi selama 70 tahun.

Aneka corak pada model ini sebenarnya adalah peta 23 lokasi pengembaraan dalam tempoh 70 tahun seperti Camel Trophy, First Overland dan G4 Challenge.

Turut dipaparkan ialah beberapa gambar Land Rover dan bebayang bentuk ikoniknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II

 

Land Rover Classic menggunakan Defender model 2012-2016 dan ditawarkan dalam jenis 90 dan 110 Station Wagon dan buat kali pertama 110 Double Cab Pick-Up untuk model Trophy.

Dari segi pembahagian, lima buah untuk Double Cab Pick-Up dan baki sama rata untuk 90 and 110 Station Wagon.

Untuk menghasilkannya, komponen dan perkakasan Defender ditanggal dan dibina semula dan dibuat mengikut spesifikasi yang lebih tinggi.

 

Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II

 

Jip edisi terhad ini digerakkan enjin 5.0 liter V8 petrol berkuasa 405PS dan tork 515Nm dan dipadan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dari ZF.

Suspensi, stereng dan brek kesemuanya dipertingkatkan untuk prestasi lebih baik.

Bahagian luar menggunakan tema hitam dan putih dengan imej samaran unik yang dibangun bersama kakitangan pereka dari Land Rover Special Vehicles.

 

Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II

 

Badan jip dilayangkan warna Fuji White dan dikontra dengan bumbung Narvik Black selain warna hitam kilat pada beberapa komponen termasuk sekecil skru dan rivet.

Satu lagi yang istimewa ialah bonet warna hitam mempunyai kemasan satin bagi mengurangkan kilauan. Roda pula Sawtooth aloi saiz 18 inci berwarna hitam kilat.

Kelengkapan yang dipasang ialah rangka perlindungan A yang menempatkan winc, palang lampu LED lebar 1.27 meter di atas bumbung dan gril depan buatan khas.  

 

Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II

 

Turut dipasang ialah palang golekan (roll bar) untuk perlindungan tambahan dan tangga belakang untuk panjat ke rak bumbung

Dari segi keupayaan, jip ini boleh meredah air sehingga 500mm. 

Bahagian dalam tampil mewah dan sporti dengan kerusi Recaro yang dibalut kulit Windsor. Komponen lain turut dibalut kulit seperti papan pemuka, pintu dan lapik bumbung.

 

Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II

 

Tentang harga, Defender Works V8 Trophy II 90 ditawarkan dari £225,000 (RM1,214,844) dan kesemua model sudah boleh ditempah terus dari Land Rover Classic.

Selain membeli, pelanggan juga dijemput untuk menyertai pertandingan Land Rover Trophy yang berlangsung selama tiga hari.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Land Rover Classic Defender Works V8 Trophy II