Land Rover bakal hadir dengan sebuah lagi Defender V8 yang lebih ekstrem!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup dengan penawaran Defender V8 yang dilancarkan awal tahun lalu, Land Rover diberitakan sedang membangunkan varian V8 yang lebih berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada MotorTrend, model yang bakal dinamakan sebagai Defender SVR itu bakal mempunyai karakteristik yang lebih berbeza berbanding model V8 sedia ada.

Laporan tersebut mencadangkan enjin 5.0 liter bentangan V8 dengan unit pengecas lampau itu bakal ditukarkan kepada enjin 4.4 liter V8 turbo berkembar yang diperoleh daripada BMW dengan angka output melangkaui 600 hp!

Sebagai perbandingan, Defender V8 berupaya menghasilkan 518 hp dan 625 Nm yang membolehkan varian Defender 90 memecut sepantas 4.9 saat daripada 0-96 km/j dan kelajuan tertinggi 240 km/j.

Selain enjin, Defender SVR bakal membawakan penampilan yang lebih sporti, serta sistem suspensi unik bertujuan untuk menjadikan pemanduan yang lebih dinamik.

 


Land Rover Defender V8 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu menerima beberapa penambahbaikan seperti sistem Terrain Response, serta mod pemanduan eksklusif Dinamik yang bertujuan untuk menawarkan pemanduan yang lebih lincah.

Ia dibantu dengan sistem suspensi yang dinaiktaraf serta pemasangan bar anti-oleng yang lebih besar bertujuan untuk mengurangkan kadar olengan badan ketika seang mengambil selekoh.

Difahamkan, Defender SVR bakal diperkenalkan secara rasmi pada tahun depan dengan kos sekitar $125,000 (RM528,688) atau $27,800 lebih mahal berbanding Defender 90 V8.

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…