Land Rover All-Terrain Self-Driving Research: Off-Road kini lebih mudah!

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover kini sedang membangunkan sistem bantuan pemanduan semi-autonomi mereka tersendiri, namun ia tidak direka untuk pemanduan di jalan biasa.

Sistem ini digelar Land Rover All-Terrain Self-Driving Research. 

Menerusi cubaan terbaharu daripada JLR ini, mereka membangunkan sebuah sistem bantuan yang mampu mengesan perubahan bentuk muka bumi di hadapan, seterusnya mengubah tetapan pada Terrain Response, kelajuan dan juga arah kenderaan bagi mengelakkan sebarang halangan. 

Sistem pengesan ini turut mampu memberikan informasi yang berkenaan (keadaan jalan, jarak kelegaan dari tanah dan juga halangan) kepada kenderaan di belakang bagi menyiapkan diri menghadapi rintangan yang sama. 


Menurut JLR, sistem ini dibangunkan bagi memberikan bantuan awal dan pengalaman off-road kepada mereka yang kurang arif berkenaan hal off-road, seterusnya membolehkan mereka merentasi halangan dengan mudah dan berkesan. 

Bagi pemandu yang berpengalaman pula, mereka boleh mengambil alih peranan sistem bantuan tersebut pada bila-bila masa sekiranya mahukan lebih cabaran off-road tanpa pertolongan daripada komputer. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini ada satu berita baik di mana terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Land Rover bakal…
Berita Global
Land Rover Defender dibangunkan berdasarkan platform monocoque D7x dan bakal ditawarkan dalam…
Berita Global
Imej yang diperoleh daripada akaun Instagram shedlocktwothousand itu menampakkan reka bentuk front…