'Land Cruiser murah' ditemukan di China

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada tempoh menunggu yang mampu mencecah empat tahun, SUV off-road Toyota Land Cruiser 300 Series turut dijual pada harga yang terlalu mahal untuk golongan kebanyakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyelesaiannya?
 

Kuluze


Anda boleh mendapatkan sebuah 'Land Cruiser' yang lebih murah harganya, lengkap dengan rekaan muka hadapan yang hampir sama.

Imej Land Cruiser tiruan ini muncul di laman media sosial China Weibo, dan jika anda membetulkan siaran laptop/peranti pintar, ia masih tetap sebuah kenderaan kecil yang diberikan rupa seakan Land Cruiser.
 

Kuluze


Saiz roda juga agak kecil, dan berkemungkinan besar kereta ini hanya sesuai untuk digunakan di laluan urban jarak dekat, dan tidak direka untuk menawan laluan off-road seperti Land Cruiser sebenar.

Tidak banyak info yang boleh didapati menerusi internet, melainkan dengan nama 'Kuluze' yang terpampang pada bahagian belakang, berkemungkinan besar ia dihasilkan oleh syarikat penghasil kit badan atau syarikat automotif sebenar dari China.

Tidak kena dengan jiwa anda? Boleh nikmati galeri gambar Toyota Land Cruiser sebenar yang kami sediakan di bawah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…