Land Cruiser generasi baharu bakal dilancarkan 9 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak gambar-gambar bocor generasi baharu Toyota Land Cruiser tersebar di laman media sosial, akhirnya Toyota secara rasmi mengumumkan pelancaran yang bakal berlangsung pada 9 Jun ini di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jikalau dahulu Land Cruiser (generasi J200) berkongsi platform yang sama dengan Lexus LX, generasi baharu LC300 ini dikatakan menggunakan platform TNGA-F serba baharu yang turut digunakan untuk model-model generasi baharu seperti Tacoma, Tundra dan 4Runner.

Disebabkan peralihan platform ini, tiada lagi penawaran enjin V8 akan tetapi Land Cruiser baharu bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin bentangan V6, iaitu enjin 3.5 liter petrol (409 hp/650 Nm), serta enjin 3.3 liter diesel (302 hp/700 Nm) yang dipadankan dengan trnasmisi automatik 10 kelajuan.

 

gambaran artis Land Cruiser generasi baharu


Dimensi generasi baharu Land Cruiser ini juga tidak membawakan perubahan besar, di mana versi premium membawakan ukuran 4,985 mm panjang, 1,945 mm tinggi dan 1,990 mm lebar dengan jarak antara roda sepanjang 2,850 mm.

Selain daripada itu, Land Cruiser generasi baharu ini juga turut membawakan ciri seperti bumbung aluminium, manakala sudut mendatang, sudut pelepasan dan jarak kelegaan tanah masih lagi sama dengan generasi terdahulu.

Cuma, kapasiti tangki bahan api adalah 15 liter lebih kecil untuk mengurangkan berat disebabkan enjin V6 lebih menjimatkan penggunaan bahan api jika dibandingkan dengan enjin V8.

 

gambaran artis Land Cruiser generasi baharu


Beberapa gambar intip yang diperoleh mengesahkan penawaran kelengkapan pada bahagian dalaman seperti sistem kawalan iklim empat zon, kamera bawah badan untuk tujuan off-road, skrin bersaiz 12.3 inci, sistem audio JBL dengan 14 pembesar suara, serta sistem infotainmen berasingan untuk penumpang belakang yang terdiri daripada dua unit tablet bersaiz 11.6 inci.

Toyota juga bakal menawarkan trim GR Sport dengan ciri eksklusif iaitu Kinetic Dynamic Suspension System (KDSS) dengan diff kekunci untuk gandar depan dan belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…