Daripada jumlah tersebut, 320 unit merupakan trak pikap kabin berkembar, diikuti 200 unit trak kabin tunggal dan 80 unit SUV wagon.
Salah satu daripada 600 unit tersebut kini sedia untuk menerima pemilik baharu, namun dengan dua syarat.

Pertama, anda harus membayar hampir dua kali ganda nilai jualan asal, dan yang kedua, Land Cruiser ini didatangkan di dalam gelembung plastik!
Ini kerana sejak dibeli kira-kira dua tahun yang lalu, trak ini hanya dipandu sejauh 12 km sahaja, sebelum dimasukkan ke dalam gelembung plastik di mana segala bendalir telah dikeluarkan dan bateri telah dicabut.

Ini bermakna, trak Land Cruiser 70th Anniversary ini langsung tidak mengumpul sebarang kotoran dan debu sepanjang tempoh dua tahun.
Sanggup ke pemilik baru nak buka gelembung udara tersebut? (dah macam beli Hot Wheels pula).

Mengikut spesifikasi, Land Cruiser 70th Anniversary dibekalkan dengan nadi diesel 4.5 liter bentangan V8 yang mampu menjana kuasa setinggi 202 hp dan daya kilas 430 Nm.
Harga yang diminta bermula dari AU$139,000 (RM419,914), hampir dua kali ganda berbanding nilai asal AU$82,600 (RM249,532).
Baca: Toyota Land Cruiser 70th Anniversary untuk pasaran Australia - 600 unit
Sumber: Carsales AU