Land Cruiser 70 Series boleh dibeli baharu di UAE - bermula dari RM168k

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada negara Afrika Selatan, masih terdapat negara di dunia ini yang menjual Land Cruiser 70 Series yang klasik itu?
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tatkala dunia kini dibanjiri dengan trend pemilikan crossover dan SUV, jentera off-road yang lama seperti Toyota Land Cruiser semakin tidak mendapat tempat di negara-negara maju. 

Namun, Toyota tidak pernah sekali-kali mahu menghentikan penawaran jentera Land Cruiser ini terutama bagi pasaran yang lebih memerlukan terutama bentuk muka bumi yang ekstrem. 
 


Selain daripada Afrika Selatan, United Arab Emirates masih turut menjual Land Cruiser 70 Series namun dengan sedikit modifikasi pada rupa hadapan dan mengekalkan imej sebuah jentera off-road yang berani.

Terdapat dua variasi badan ditawarkan iaitu SUV tiga pintu dan juga versi trak pikap LC.

Tidak seperti unit yang terdapat di Afrika Selatan, UAE menjual Land Cruiser ini dengan nadi diesel bentangan V6 4.0 liter petrol yang menghasilkan 228 kuasa kuda dan daya kilas 363 Nm digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan.
 


Antara model yang telah dihentikan penawarannya di US adalah Toyota FJ Cruiser namun model ini masih lagi boleh didapati di UAE. 

Toyota FJ Cruiser ini hadir dengan enjin yang dinaiktaraf 4.0 liter V6 yang menghasilkan 270 hp dan 380 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi automatik lima nisbah kelajuan serta tangki bahan api berkembar berkapasiti 159 liter. 

Ciri menarik yang didatangkan pada FJ Cruiser ini adalah penggunaan bahan kalis air pada tempat duduk yang memudahkan urusan pencucian sekiranya terdapat kekotoran daripada aktiviti seharian.
 


Harga jualan bagi Land Cruiser SUV dan trak pikap LC bermula dari 141,750 dirham (RM168,207) manakala model FJ Cruiser pula masih boleh didapati pada harga serendah 147,000 dirham (RM174,437). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda sebenarnya bernasib baik kerana sebuah model istimewa bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto…
Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…