Land Cruiser 300 Series dapat sentuhan Arctic Trucks

oleh Mohamad Hanif|
Sentuhan Arctic Trucks biasanya boleh kita lihat pada trak-trak pikap seperti Isuzu D-Max, Toyota Hilux, Volkswagen Amarok serta Nissan Navara.

Namun, Arctic Trucks kali ini meluaskan 'pengaruh' talaan off-roadnya kepada SUV yang sudah dikenali reputasinya menawan laluan-laluan mencabar - Toyota Land Cruiser 300 Series.

Sama seperti model-model Arctic Trucks yang terdahulu, Land Cruiser 300 Series ini telah menjalani modifikasi dan naiktaraf yang lebih radikal.
 

AT35


Pertama sekali, disebabkan sistem suspensi asal yang telah menjalani proses kejuruteraan semula, Arctic Trucks terpaksa mengubah geometri bahagian tersebut, dan beberapa proses pengukuhan telah pun dibuat terhadap cagak suspensi bagi membolehkan ia meredah laluan yang sukar.

Selain itu, Arctic Trucks turut memasang peredam dan spring yang lebih tahan lasak, dan dalam masa yang sama mengekalkan sistem suspensi adaptif yang asal.

Arka roda juga turut diberikan tumpuan disebabkan jarak trek (jarak antara roda kiri dan kanan) telah bertambah berbanding model asal.
 

AT35


Kesemua naik taraf ini membolehkan Land Cruiser AT35 ini mencapai jarak kelegaan tanah minimum 260 mm, atau 270 mm sekiranya anda memilih trenkuasa petrol.

Sebagai perbandingan, Land Cruiser 300 Series memiliki jarak kelegaan tanah standard 220 mm (230 mm untuk versi petrol).

Akhir sekali, model AT35 ini turut mendapat tambahan lapisan anti-karat di bahagian bawah casis.

Berita Berkenaan

Berita Global
Orang awam berkumpul di Pantai Mandorah, utara Australia untuk menyaksikan sebuah Toyota…
Berita Global
Menurut naib presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley memberitahu CarSales…
Berita Global
Menurut laporan CarExpert, 8,500 unit EV tersebut terdiri daripada trak pikap Toyota HiLux dan Land…