Land Cruiser 2022 - Pembeli terpaksa tunggu EMPAT TAHUN!

oleh Mohamad Hanif|
Entah kenapa, semua orang suka akan model SUV off-road generasi baharu Land Cruiser 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Disebabkan permintaan yang tinggi, Toyota terpaksa melaksanakan beberapa syarat bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku, di mana pembeli perlu menandatangani perjanjian untuk tidak menjual model tersebut dalam tempoh setahun selepas pembelian dibuat.

Jika sebelum ini pembeli perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan model masing-masing, baru-baru ini Toyota mengumumkan tempoh menunggu kini menjadi semakin lama - empat tahun untuk memenuhi permintaan pelanggan terutama bagi sesetengah trim dan varian.

Semenjak dilancarkan, Toyota telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan, di mana 90 peratus daripada pembeli di Jepun memilih trim ZX dan juga GR Sport.
 

LC GR SPORT


Menurut laporan daripada Cars Guide, kedua-dua trim ini sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk dihantar kepada para pelanggan.

Untuk menjadikan keadaan bertambah buruk, Toyota menghentikan sementara pemasangan model Land Cruiser pada bulan Ogos dan September disebabkan kekurangan bekalan komponen cip semikonduktor.

Masalah ini bukan sahaja melibatkan pasaran Jepun, malah pasaran Australia juga turut terkesan sama, di mana pasaran tersebut diberitakan hanya menerima unit demo sahaja buat masa ini, manakala unit untuk dijual masih lagi belum tiba.

Sumber: Cars Guide

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti penawaran yang dibuat oleh Modellista, kit badan Wald sememangnya dihasilkan khusus…
Model Terbaharu
Menurut Toyota, mereka mempunyai dua objektif utama di dalam membangunkan SUV baharu ini, satu…