Lancia Ypsilon 2024, guna platform Peugeot e-208, jarak gerak 403 km

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan Groupe Peugeot Société Anonyme (PSA) bergabung menjadi Stellantis, jenama Chrysler dan Lancia merupakan antara jenama yang disebut-sebut bakal digugurkan daripada senarai 14 jenama utama gabungan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.

Lancia, salah satu jenama automotif ikonik suatu ketika dulu kini berada di posisi yang paling teruk, hanya ada satu model sahaja, itu pun dijual di tanah air sendiri, Itali.
 

lancia


Namun begitu, Stellantis berusaha untuk terus mengekalkan 14 portfolio jenama itu dan kini Lancia berpeluang untuk menyerlah kembali menerusi model baharu dalam tempoh 13 tahun, iaitu Lancia Ypsilon!

Lancia Ypsilon 2024 juga merangkap model EV pertama Lancia, walaupun versi hibrid ringan dijangka akan muncul kelak.

Lancia Ypsilon ini menggunakan pelantar CMP/eCMP sama seperti model Peugeot 208/e-208, namun ia telah diberikan rekaan yang tersendiri.
 

Ypsilon


Ia membawakan ukuran sepanjang 4.08 meter panjang, 1.76 meter lebar, dan 1.44 meter tinggi, menjadikannya lebih besar berbanding model terdahulu.

Menurut Lancia, unit lampu depan dan belakang diinspirasikan daripada kereta rali ikonik Stratos, digandingkan dengan motif huruf Y dan kemasan hitam berkilat pada sesetengah tempat.

Samalah juga halnya dengan susun atur ruang kabin, di mana tiada elemen rekaan daripada Peugeot 208 boleh dikesan, sebaliknya ia kini menampilkan rekaan yang lebih moden.
 

ypsilon


Terdapat skrin berkembar sebesar 10.25 inci, slot pengecasan peranti pintar, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio bespoke, sistem pencahayaan ambien serta penapis udara khas untuk ruang kabin.

Sama seperti Peugeot e-208, Lancia Ypsilon dibekalkan dengan motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan berkuasa 154 hp dan 260 Nm, dipadankan dengan pek bateri 51 kWh.

Jarak gerak adalah sejauh 403 km untuk sekali cas penuh mengikut data kitaran WLTP, di mana pengecasan pantas membolehkan pek bateri ini dicas dalam masa 24 minit (20-80 peratus).
 

ypsilon


Lancia kini mahukan jenamanya tersebar dengan lebih meluas di pasaran Eropah menerusi lebih 70 buah pengedar di benua tersebut.

Tidak seperti Ypsilon terdahulu yang hanya boleh dibeli di pasaran Itali, Ypsilon terbaharu ini bakal didapati di pasaran seperti Belgium, The Netherlands, Perancis dan Sepanyol pada pertengahan tahun ini, dan Jerman menjelang tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, nasib Lancia bakal berubah bermula tahun 2024 di mana CEO Lancia, Luca Napilitano…
Berita Global
Menurut laporan terkini, CEO baharu Lancia, Luca Napolitano mengesahkan mereka bakal menghidupkan…
Berita Global
Disebabkan jenama itu kini sudah mendapat sokongan yang besar daripada syarikat induk Stellantis,…