Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).
Perbatuan kereta ini hanya sekitar 87,000 kilometer apabila dimiliki oleh Rowan Atkinson pada Mei 2021 dan terkini mencecah 89,300 kilometer.
Lancia Delta Integrale pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Frankfurt 1979 dan terkenal dengan dominasi di dalam Kejohanan Rali Dunia pada lewat 80-an dan awal 90-an.
Model Evoluzione pertama dikeluarkan pada penghujung 1991 sehingga 1992 dan dijadikan sebagai model homologasi terakhir untuk Pasukan Rali Lancia.
HF Integrale atau dikenali sebagai Evo II pula muncul pada Jun 1993 dan menggunakan enjin 2.0 liter turbo 16 injap dengan kuasa dipertingkatkan kepada 212 kuasa kuda (hp).
Unit milik Rowan Atkinson ini asalnya dihantar ke Jepun dan kemudian diimport kembali ke UK pada 2011.
Satu ciri yang 'rare' pada unit ini ialah warna Lord Blue dan bahagian dalam pula kemas dan cantik dengan kerusi balutan Alcantara perang yang nampak seperti baharu.
Selain di dalam keadaan yang baik, unit ini masih lagi mempunyai pelbagai dokumen seperti rekod penyelenggaraan di Jepun dan dokumen pendaftaran V5C.
Apa yang pasti, Rowan Atkinson sememangnya mempunyai citarasa tinggi di dalam pemilikan kereta.
Penulis: Muhammad Md Tajudin