Lancer Evolution XI mungkin hadir dengan enjin Megane RS - 341 kuasa kuda, 433 Nm, pacuan semua roda

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, para peminat (die hard fan) Mitsubishi Lancer Evolution kini boleh menarik nafas lega apabila terdapat desas desus yang menyatakan Mitsubishi sedang membangunkan generasi baharu sedan berprestasi tinggi itu. 

Laman web Autocar yang memetik sumber 'dari Jepun yang tidak mahu dikenali' itu menyebut bahawa generasi kesebelas Lancer Evolution akan hadir dengan trenkuasa daripada Renault Megane RS. 
 


Renault Megane RS didatangkan dengan enjin 1.8 turbo dan versi terhangat mereka Trophy-R baru-baru ini berjaya meleburkan penguasaan Honda Civic Type R sebagai jentera pacuan roda hadapan terpantas di litar Nurburgring. 

Anda kini melihat kepada nadi yang mampu menghasilkan 296 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas, dan terima kasih kepada khabar angin itu tadi, Lancer Evo XI (Evo Sebelas) bakal menerima sistem mild-hybrid 48V dan kuasa gandingan berjumlah 341 kuasa kuda dan 433 Nm. 
 


Ya, nampak seperti tidak meyakinkan untuk menjadi pewaris kepada Evolution X, kerana Mitsubishi pernah menghadirkan versi yang lebih berkuasa Lancer Evolution X FQ-440 MR dengan output 440 hp dan 559 Nm. 

Dikhabarkan Lancer Evolution XI ini akan dibangunkan berdasarkan platform CMF-C/D F4 dan sistem pacuan semua roda standard hasil kerjasama pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi. 
 


Adakah ini bermakna persaingan antara Lancer Evolution dan Impreza WRX STi akan kembali mewarnai dunia permotoran? 

Cuma diharapkan Mitsubishi tidak mengulangi langkah sumbang mereka dengan memperkenalkan Evolution XI ini sebagai sebuah crossover..

Mungkin ramai yang akan mengamuk bila mendapat tahu hal ini. 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Buat mereka yang ketinggalan keretapi, Mitsubishi Lancer sebenarnya sudah pun ditamatkan…