Lancer Evolution X Final Edition dengan nombor siri pertama masih wujud - tidak pernah berdaftar sejak 2015

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat Mitsubishi dan zaman kegemilangan mereka di dalam bidang kereta sports Lancer Evolution sebelum mereka membuat keputusan untuk mengundurkan diri menerusi model terakhir Lancer Evolution X Final Edition pada tahun 2015?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Sekiranya anda masih seorang peminat sejati siri Lancer Evolution dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi, tidak salah untuk anda mencuba nasib untuk membeli model bernombor siri pertama dari Lancer Evolution X Final Edition tersebut.

Menurut penemuan yang dibuat oleh laman web Road and Track, mereka mendapati pengedar Mitsubishi di Brooklyn masih mempunyai model pertama daripada siri Final Edition tersebut. 
 


Nombor siri yang tertera "US0001" tersebut boleh dilihat menerusi lencana yang dipasang pada konsol tengah kereta tersebut dan hanya mempunyai jarak perbatuan sebanyak 56 km sahaja!

Ketika mereka (Road and Track) menghubungi pengedar di Brooklyn, jurucakap pengedar tersebut memberitahu Lancer Evolution Final Edition tersebut masih tidak mempunyai tuan dan tidak pernah berdaftar setelah hampir tiga tahun berada di pasaran.
 


Ketika model edisi terakhir ini menjengah pasaran, Mitsubishi membina 1,600 unit Final Edition ini berdasarkan trim GSR dengan enjin 4B11T empat silinder sebaris yang mampu menghamburkan 303 kuasa kuda dan 366 Nm sebelum disalurkan kepada pacuan empat roda menerusi transmisi manual lima kelajuan. 
 


Ia kini disenaraikan dalam laman web Autotrader dengan harga jualan bermula dari $47,888 (RM199k++), lebih mahal $10,000 berbanding harga runcit yang disyorkan ketika ia mula-mula menjengah pasaran tiga tahun yang lalu.
 


Dengan keadaannya yang masih lagi 'dara', mahukah anda mendapatkan Mitsubishi Lancer Evolution X Final Edition dengan nombor siri US0001 ini?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model rasmi pertama yang menyerang pasaran tersebut tidak lain adalah model edisi khas Lancer EVO…
Berita Global
Hakikatnya, sedan berprestasi tinggi Lancer Evolution tersebut sudah pun berakhir dengan model Evo…