Lancer Edition R - 'Lan Evo' yang tidak mungkin Mitsubishi akan hasilkan

oleh Mohamad Hanif|
Rasanya, apabila ditanya kepada setiap para peminat, kipas-susah-mati, dan juga purist Mitsubishi, rata-rata mereka masih mengharapkan jenama tiga berlian tersebut meneruskan legasi Lancer Evolution.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hakikatnya, sedan berprestasi tinggi Lancer Evolution tersebut sudah pun berakhir dengan model Evo X Final Edition yang telah dilancarkan pada akhir 2015. 

Namun, sekiranya anda masih mengharapkan sesuatu yang umph daripada Mitsubishi, Lancer Edition R ini mungkin jawapan untuk anda. 
 


Ya, terima kasih kepada Dytko Sport dan Proto Cars, mereka telah menghasilkan sebuah sedan berprestasi tinggi, jika dilihat sekali imbas sudah pasti anda akan menyangka ia sebuah Lancer Evolution XI. 

Menariknya, 'Lancer Evolution XI' ini menggunakan lampu utama daripada Eclipse Cross serta menampilkan elemen Dynamic Shield seperti kelaziman model-model Mitsubishi masa kini. 
 


Tiada sebarang maklumat berkenaan spesifikasi trenkuasa yang digunakan, jadi adalah selamat untuk kita menganggap ia masih mengekalkan nadi 4B11T 2.0 liter turbo yang mampu menjana 303 kuasa kuda dan 413 Nm daya kilas sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi manual lima nisbah kelajuan. 

Melihatkan kepada model Lancer Edition R ini, adakah masih ada harapan untuk Lancer Evolution XI akan kembali? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model rasmi pertama yang menyerang pasaran tersebut tidak lain adalah model edisi khas Lancer EVO…
Berita Global
Sekiranya anda masih seorang peminat sejati siri Lancer Evolution dan mempunyai simpanan wang yang…