Lampu jalan LED - punca populasi serangga menurun

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu kajian di selatan England menunjukkan bahawa penggunaan lampu jalan yang menggunakan LED bukan hanya mengganggu tabiat serangga tetapi adalah punca sebenar penurunan populasi haiwan itu.

Cahaya-cahaya tiruan di sebelah malam telah dilihat sebagai salah satu faktor yang mungkin menyebabkan jumlah serangga di seluruh dunia semakin menurun, tetapi kajian itu tidak diberi perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saintis-saintis telah membandingkan 20 lokasi di tepi jalanraya yang diterangi dengan lampu-lampu jalan, dengan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai lampu-lampu itu.

Mereka juga mengkaji satu kawasan yang bercahaya dan dua kawasan tanpa cahaya, dengan kadar tumbuhan-tumbuhan yang sama.

Pasukan saintis itu juga memilih ulat beluncas dari kelkatu sebagai serangga utama dalam kajian kerana mereka berada beberapa meter dari lokasi mereka menetas ketiga epringkat larva, sebelum mereka mampu terbang.

Keputusan kajian-kajian itu menunjukan penurunan sebanyak 47 peratus dalam populasi serangga di kawasan semak dengan cahaya dan 37 peratus di kawasan berumput di tepi jalanraya, juga dengan cahaya lampu LED.

Pasukan saintis itu turut mendapati:

  • Kelkatu betina tidak bertelur di kawasan itu.
  • Ulat beluncas di kawasan bercahaya itu lebih gemuk kerana mereka tidak biasa dengan cahaya terang itu dan terus makan untuk segera membesar.
  • Kawasan dengan lampu LED lebih banyak mengganggu kehidupan serangga dari kawasan dengan lampu HPS (High Presure Sodium) dan lampu LPS (Low Pressure Sodium) - keduanya menghasilkan lampu kuning-oren.

Lampu-lampu LED semakin popular kerana ia lebih menjimatkan tenaga elektrik dan kini ia juga menyebabkan serangga-serangga semakin berkurangan.

Apa pendapat anda?

* Laporan dari The Star