Lampu isyarat dan lima kaedah menggunakannya dengan betul

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mempunyai bunyi khas, digunakan sebanyak 220,000 kali dalam hayat sesebuah kenderaan namun lampu isyarat kerap diabaikan.

Sebagai contoh, satu kajian keselamatan jalan raya yang dibuat oleh Abertis Global Observatory di beberapa buah negara menunjukkan satu dapatan menarik.

Secara purata 44 peratus dari kalangan pemandu tidak menggunakan lampu isyarat semasa memotong atau menukar laluan.

Kealpaan dalam menggunakan lampu isyarat tidak boleh dipertikai lagi dan telah banyak kejadian tidak diingini berlaku.
Bagi mengelakkan perkara tersebut, kita sebagai pemandu hendaklah sentiasa fokus dan berwaspada. Satu lagi kaedah ialah mengamalkan pemanduan defensif.

Kembali kepada isu asal, bagaimana untuk menggunakan lampu isyarat dengan betul?

Berikut ialah lima kaedah yang dikongsikan SEAT, pengeluar kereta daripada Sepanyol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Peraturan keselamatan MSM (Mirror-Signal-Manoeuvre)

 

Before the start of any manoeuvre, you must make sure that it can be carried out safely by checking in the mirrors

 

Sebelum memulakan sebarang pergerakan (membelok dan lain-lain), anda mesti memastikan bahawa ianya selamat untuk dilakukan dan caranya ialah dengan memeriksa atau memandang ke cermin. 

Semasa di dalam situasi tersebut, anda hendaklah memberikan isyarat dengan masa yang cukup supaya pengguna lain mengambil maklum dan melakukan tindak balas.

Bagaimanapun, elakkan dari menggunakannya dalam tempoh terlampau lama supaya tidak mengelirukan pemandu lain.

 

2. Memberi isyarat tidak memberi anda hak jalan

 

When changing lanes or turning corners, the turn signals announce upcoming manoeuvres, but under no

 

Apabila menukar laluan atau membelok, lampu isyarat adalah pemberitahuan kepada pergerakan yang mahu dilakukan namun ia tidak bermakna ia satu hak mutlak. 

Anda haruslah menghormati kenderaan lain dan jangan mewujudkan satu situasi merbahaya.

3. Beri isyarat sepanjang pergerakan

Lampu isyarat bukan hanya patut diaktifkan pada awal memotong tetapi juga harus dibiarkan menyala sehingga anda kembali ke laluan asal.

 

4. Apabila keluar dari bulatan

 

SEAT

 

Lampu isyarat perlu sentiasa digunakan semasa melalui bulatan (dengan betul) kerana ia juga satu lokasi yang kerap berlaku kemalangan.

Lampu isyarat perlu diaktifkan untuk memberi tahu anda menukar laluan dan meninggalkan bulatan pada laluan keluar seterusnya.

 

5. Parkir dan kesesakan jalan raya bukan kecemasan

 

If you are going to brake suddenly, you should instead warn other drivers by repeatedly tapping the brake pedal

 

Ada pemandu yang tersilap mengaktifkan lampu isyarat kecemasan (hazard lights) apabila semakin hampir kepada trafik yang bergerak perlahan. 

Jika anda bakal membrek secara tiba-tiba, beri amaran kepada pemandu lain dengan menekan injak brek secara berulang.

Selain itu, kaedah betul bagi memberi amaran sebelum berhenti atau parkir ialah dengan mengaktifkan lampu isyarat pada sisi lokasi yang anda mahu letakkan kenderaan.

Sebagai contoh, jika mahu letakkan kereta sebelah kanan, aktifkan lampu isyarat sisi yang sama. 

 

Dari lampu isyarat biasa kepada indikator dinamik LED

 

SEAT

 

Isyarat membelok dicipta oleh seorang aktres bernama Florence Lawrence pada tahun 1914.

Seratus kemudian menyaksikan teknologi LED menggantikan mentol pijar dan tidak seperti lampu konvensional, ianya boleh bertahan sepanjang hayat kenderaan tersebut.

Satu lagi ciri lampu LED ialah indikator dinamik (dynamic indicator) yang terdiri daripada beberapa segmen lampu dengan nyalaan yang bermula secara progresif dari tengah ke bahagian sisi seperti yang terdapat pada SEAT Leon baharu.

Ia bukan lagi nyalaan biasa tetapi sudah seperti simfoni pertunjukan cahaya!.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…
Berita Domestik
Pelanggaran sekitar jam 8.16 pagi tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang dilanggar kereta…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…