Lampu ambien SEAT Leon boleh berfungsi sebagai lampu amaran titik buta!

oleh Mohamad Hanif|
Ciri pemantauan titik buta/sistem informasi titik buta kini merupakan satu ciri yang tidak lagi khusus kepada kenderaan segmen premium, malah kereta marhaen seperti Toyota Vios/Yaris juga ada ciri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu cara yang lazim digunakan adalah menggunakan lampu amaran yang terletak di dalam cermin sisi bagi memberikan peringatan bahawa terdapat kenderaan menghampiri dari arah titik buta. 

Beberapa pengeluar lain bertindak memindahkan lampu amaran tersebut supaya mudah dilihat dengan memposisikannya di tiang A.

Namun, cara yang digunakan oleh SEAT nampaknya lebih kreatif apabila mereka menggunakan jaluran lampu ambien sebagai salah satu cara untuk memberitahu sistem amaran titik buta ini berfungsi. 


 


Ciri ini diperlihatkan di dalam model terbaharu SEAT Leon, di mana lampu ambien ini bukan sekadar berfungsi sebagai lampu mood semata-mata. 

SEAT telah merekakan satu seksyen yang berhampiran dengan tiang A untuk bertukar warna dan digandingkan bersama-sama ciri bantuan pemanduan yang lain seperti bantuan penukaran laluan, bantuan keluar laluan, dan tidak ketinggalan ketika pemandu memulakan kenderaan dan menggunakan mod Sport!

Anehnya, walaupun SEAT Leon berkongsi platform yang serupa dengan Volkswagen Golf Mk8 dan Skoda Octavia, kedua-dua model yang disebutkan ini tidak dilengkapi dengan ciri yang serupa.

Sebaliknya, Volkswagen Golf hanya menggunakan cara konvensional iaitu lampu amaran yang terletak di dalam perumah cermin sisi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini dikongsi bersama oleh Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan…