Lamborghini Veneno Roadster #2 untuk dijual, harga cecah RM42 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada model hypercar Lamborghini yang paling terhad pernah dihasilkan dalam dunia kini sedang mencari pemilik baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lamborghini Veneno yang anda lihat ini merupakan unit roadster nombor dua daripada hanya sembilan unit sahaja yang dihasilkan oleh Lamborghini (tidak termasuk empat unit coupe) dan ia juga merupakan hypercar berkuasa V12 yang paling mahal meluncur keluar dari Sant’Agata.
 

Veneno


Sepanjang tempoh produksi, boleh dikatakan tiada dua Lamborghini Veneno mempunyai spesifikasi yang serupa menjadikan penawaran model ini lebih unik.

Ia menampilkan layangan warna hitam yang diselangi dengan aksen hijau, diikuti dengan ruang kabin yang dihiasi dengan balutan kulit hijau dan kemasan gentian karbon yang terdedah.
 

Veneno


Disebalik panel badan yang serba agresif itu tersembunyi casis monocoque gentian karbon Aventador serta nadi V12 yang telah ditala bagi menghamburkan kuasa setinggi 740 hp dan 690 Nm.  

Untuk makluman, unit yang disenaraikan di James Edition ini dijual oleh pengedar VIP Motors yang terletak di Dubai, United Arab Emirates.
 

Veneno


Harga jualan yang diminta bermula dari €8,994,824 atau RM42,245,090.40 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Sumber: James Edition