Lamborghini Urus terpakai untuk dibida - seorang pemilik, RM474 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekiranya anda mencari sebuah Lamborghini Urus yang murah-murah, Copart selaku sebuah laman bidaan menawarkan SUV daripada pengeluar Itali tersebut pada harga yang sangat-sangat murah. 

Namun, barang harus diingat, apabila murah, hal seperti kehilangan tayar dan fender adalah tidak dapat dielakkan, malah terdapat komponen enjin yang sudah pun hilang daripada tempat asalnya. 

Lamborghini Urus ini baharu berusia tidak sampai beberapa bulan apabila SUV ini ditakdirkan untuk mengalami kemalangan pada jarak perbatuan 1,210 km sahaja. 
 


Apa yang menyedihkan berdasarkan gambar yang tertera, didapati Lamborghini Urus ini mengalami kemalangan akibat pelanggaran di bahagian hadapan, melihatkan kepada kehilangan fender sebelah kanan. 

Jika dilihat pada ruang kabin pula masih kekal tanpa sebarang kecacatan, kecuali beg udara yang sudah pun terkeluar akibat pelanggaran yang dilakukan, manakala tempat duduk juga masih kekal utuh. 

Menariknya, walaupun Urus ini sudah pun tidak begitu terurus, Copart membuka harga bidaan pada nilai bermula dari $115,000 (RM474 ribu!). 

Mungkin kalau dijual di laman jualan dalam talian seperti Mudah.my, orang akan berebut untuk memasangnya pada SUV Aruz.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…