Lamborghini Urus ST-X - SUV 650 hp untuk perlumbaan di litar

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada praktikaliti, keupayaan untuk bergerak dari titik A ke titik B, serta trend gaya hidup semasa, ada dua perkara yang kebanyakan SUV tidak mampu tawarkan kepada pasaran iaitu kuasa dan kebolehan berlumba di litar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampaknya, Lamborghini sedar akan kelompongan itu dan mereka membuat keputusan untuk membina sebuah super SUV, menerusi divisyen sukan permotoran mereka, Squadra Corse. 

Lamborghini Urus ST-X dibina berdasarkan Lamborghini Urus yang popular dan bakal digunakan dalam siri perlumbaan one-make merangkumi litar tarmac dan off-road yang diperakui oleh FIA di Eropah dan Timur Tengah. 
 


Urus telah menjalani program diet, membolehkan Urus ST-X menerima peralatan seperti sangkar keselamatan, sistem penindasan kebakaran, dan tangki bahan api FT3 dengan berat badan keseluruhan 25% lebih ringan berbanding berat asal 2,200 kg.

Dengan berat badan yang lebih ringan, tiada keperluan bagi Lamborghini Squadra Corse menala enjin asal bentangan V8 650 kuasa kuda dan 860 Nm daya kilas tersebut, sebaliknya mereka hanya mengubah sistem kemasukan udara yang lebih besar. 
 

 

Dari segi luaran, Urus ST-X ini menerima layangan warna mantis-green, hud enjin gentian karbon, sayap belakang yang agresif untuk sebuah SUV, tip ekzos heksagon serta rim bersaiz 21 inci. 

Lamborghini Urus ST-X ini bakal bersedia untuk membelah litar menjelang tahun 2019 manakala siri perlumbaan one-make tersebut akan bermula pada tahun 2020.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan supercar Revuelto masih lagi belum diedarkan, kebanyakan unit jualan disumbangkan oleh…
Berita Global
Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan…
Berita Global
Bermula Januari hingga Jun 2022, Lamborghini telah berjaya mengedarkan sebanyak 5,090 unit…