Lamborghini Urus sambut ulang tahun ke-4, 16k unit berjaya dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember 2017, Lamborghini Urus tidak dapat dinafikan lagi popularitinya sebagai sebuah produk SUV berprestasi tinggi yang lahir dari Sant'Agata Bolognese.

Semenjak ia mula menjengah pasaran, Lamborghini telah berjaya mengedarkan kira-kira 16,000 unit Urus ke seluruh dunia sehingga lewat tahun 2021, sekaligus menjadi produk Lamborghini yang paling berjaya untuk tempoh empat tahun.

Malah, Lamborghini melaporkan 85 peratus pembeli Urus merupakan pelanggan baharu untuk jenama itu.
 

Urus


Secara keseluruhan, Lamborghini berjaya mengedarkan 6,902 unit kenderaan bermula Januari hingga September 2021, atau 23 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan 6 peratus lebih berbanding tahun 2019.

Daripada jumlah tersebut, 4,085 unit merupakan model Urus, diikuti Huracan (2,136 unit) dan Aventador (681 unit).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Acara pengejaran masa (time attack) itu dijalankan di laluan sama perlumbaan dan bermula dari…
Berita Global
Unit yang ke-20,000 itu dilayangkan dengan warna Viola Mithras, diikuti dengan rim dan angkup brek…
Berita Global
Venatus Evo S membawakan elemen penggayaan yang hampir serupa dengan model Venatus kuning terang…