Lamborghini Urus Pearl Capsule, RM770k tidak termasuk cukai

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Urus Pearl Capsule
Lamborghini Urus Pearl Capsule
Dunia SUV bertambah seronok dan mengujakan melalui penawaran Lamborghini Urus pada tahun 2018. Jika sebelum ini pengguna Lamborghini terpaksa beralih kepada jenama lain untuk memiliki SUV, kini tidak lagi.

Atau jika sebelum ini penggemar SUV hanya ditawarkan jenama premium tradisional, kini tidak lagi apabila mereka boleh memiliki Urus.

Tidak hanya menawarkan alternatif kepada pengguna, Urus juga berjaya melonjakkan jualan Lamborghini pada aras baharu.

Setakat ini lebih 8,300 Urus telah diserahkan kepada pelanggan di serata dunia sejak dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Urus Pearl Capsule

 

Menghangatkan lagi tawaran apabila Lamborghini menawarkan edisi Urus Pearl Capsule untuk model 2021.

Ini adalah edisi penyesuaian (customization) eksklusif oleh jabatan reka bentuk atau Lamborghini Centro Stile dalam menonjolkan gayaan Urus.

Secara ringkasnya, edisi ini didatangkan dalam empat lapisan kilat licau (high gloss) warna mutiara Giallo Inti, Arancio Borealis dan Verde Mantis dengan kombinasi warna hitam kilat licau pada bumbung, peresap (diffuser) belakang, lip spoiler dan beberapa bahagian lain.

Selain itu, muncung ekzos (exhaust tip) berwarna kelabu kusam (matte grey) dipadankan bersama roda hitam kilat licau saiz 23 inci dengan riasan warna sepadan dengan badan.

 

Lamborghini Urus Pearl Capsule

 

Bahagian dalam turut dihiasi kombinasi warna dua tona dengan corak balutan kerusi bentuk heksagon atau jahitan Q-Citura dan sulaman logo pada kerusi, komponen gentian karbon dan perincian aluminium anodized hitam.

Turut eksklusif ialah tawaran kerusi kawalan elektrik penuh dengan Alcantara berliang (perforated) untuk lebih keselesaan.

Daripada lebih 8,300 unit Urus yang terjual setakat ini, warna paling popular ialah kelabu dan diikuti rapat kuning yang merupakan warna identiti Lamborghini.

 

Lamborghini Urus Pearl Capsule

 

Menurut Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Automobili Lamborghini, pembeli Urus terdiri pelanggan yang sangat pelbagai.

Hampir 80% pelanggan tersebut baru menggunakan jenama Lamborghini dan sekitar 10% daripadanya adalah wanita.

Ini bermakna Urus berjaya menarik pelanggan baharu dalam memiliki kenderaan Lamborghini dan sekali lagi SUV berjaya menunjukkan kekuatannya dalam pasaran kenderaan penumpang.

 

Lamborghini Urus Pearl Capsule

 

Selain warna kuning, oren dan hijau mutiara, Lamborghini turut menawarkan warna baharu kelabu metalik atau Grigio Keres. 

Lamborghini Urus model 2021 dijual pada harga GBP 143,676.00 atau bersamaan RM 770,062, tidak termasuk cukai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin