Lamborghini Urus dengan pakej Graphite Capsule - untuk mereka yang berani!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda tidak begitu menggemari tawaran warna cat yang datang standard dari kilang Sant'Agata Bolognese untuk SUV Lamborghini Urus, usah risau kerana terdapat sebuah pakej baharu yang ditawarkan oleh pengeluar supercar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej yang dinamakan sebagai Graphite Capsule ini menawarkan sehingga empat cat baharu dalam kemasan matte, iaitu Bianco Monocerus (putih), Nero Noctis (hitam), Grigio Nimbus (kelabu), and Grigio Keres (juga kelabu).

Jika Urus standard didatangkan dalam kemasan warna dua tona dengan warna hitam pada bahagian cladding, bahagian tersebut juga boleh dilayangkan dengan penawaran empat warna baharu itu tadi.

 


Sementara bahagian seperti splitter hadapan, door insert, dan juga spoiler belakang didatangakan dalam warna neon terang sekaligus memberikan imej yang lebih kontras seperti:

  • Arancio Leonis (jingga)
  • Arancio Dryope (jingga kemerahan)
  • Giallo Taurus (kuning)
  • Verde Scandal (hijau)

Sementara rim Taigete bersaiz 23 inci juga dihasilkan khusus untuk pakej Graphite Capsule dan dilayangkan dalam gandingan warna yang serupa.

Tidak ketinggalan, tip ekzos di bahagian belakang didatangkan dalam kemasan krom hitam.

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan trim aluminium anod berwarna gelap pada papan pemuka manakala panel pintu pula diberikan kemasan gentian karbon matt.

Warna aksen neon terang yang terdapat pada bahagian luar itu tadi turut diaplikasikan pada bahagian dalam kabin seperti trim kulit terowong tengah, insert pada bolster tempat duduk, dan jahitan logo Lamborghini pada perehat kepala.

Tempat duduk pula didatangkan dalam balutan Alcantara dengan ciri ventilasi udara - khusus untuk para pembeli pakej Graphite Capsule itu tadi.

 


Dari segi kuasa, Urus Graphite Capsule ini masih kekal dengan penggunaan nadi bentangan V8 turbo berkembar yang menghasilkan 650 PS yang dipadankan dengan sistem transmisi ZF automatik lapan kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…