Lamborghini Urus dengan lencana bertatah batu berlian bernilai RM170k

oleh Mohamad Hanif|
Untuk para pemilik Urus yang mempunyai poket yang tebal, mereka tidak mempunyai masalah untuk memilih pakej penyesuaian yang ditawarkan oleh Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harganya juga tidaklah murah, dan harus diingat harga asas sebuah Lamborghini Urus bermula sekitar $200,000 (RM850,900), atau lebih daripada $260,000 (RM1.1 juta) apabila anda memilih opsyen yang ditawarkan.

Namun, anda boleh jadikan Urus milik anda lain daripada yang lain dengan memilih untuk memasang lencana Lamborghini bertatahkan batu berlian dengan kos $40,000 (RM170k) sahaja.

 


Lencana Lamborghini kustom ini dihasilkan sendiri oleh seorang Youtuber, Bobby White, dan proses penghasilan ditunjukkan secara terperinci menerusi video di atas.

White menggunakan asas lencana ini daripada plet emas putih sebelum ditambah dengan plet emas, dan batu berlian berwarna merah, hijau dan jernih yang membentuk bendera Itali sebagai latar belakang di sebalik logo lembu.

Kemasan akhir, White menggunakan kepakaran teknologi laser-etching daripada jirannya untuk mengukir perkataan "Lambo" pada plet emas.

Dengan hasil kerja dan nilai yang begitu mahal, sudah pasti pemilik Urus ini tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan SUV beliau merata-rata tempat, memandangkan lencana tersebut amat mudah untuk menarik perhatian, terutama bagi mereka yang berniat jahat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara pembaharuan yang bakal dibuat ialah dengan menampilkan lambang Porsche dalam kemasan warna…