Lamborghini Urus berjaya tawan laluan tertinggi di dunia - 5,882 meter!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan ketinggian sehingga 5,882 meter, jalan yang dikenali sebagai Umling La Pass di India merupakan jalan raya yang diiktiraf sebagai jalan pemanduan beraltitud paling tinggi di dunia, malah jauh lebih tinggi berbanding kem di Gunung Everest.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk membuktikan jentera mereka mampu menawan ketinggian tersebut, Lamborghini telah menghantar SUV Urus untuk melalui laluan Umling La Pass sebanyak dua kali.

Menurut Sharad Agarwal, bos Lamborghini India melahirkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.

"Ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat Lamborghini, di mana SUV Urus berjaya menawan laluan pemanduan paling tinggi di dunia itu.
 

Umling La Pass


Siap pada bulan Ogos yang lalu, Umling La Pass menggandingkan laluan konkrit dan batu kelikir, dengan suhu mampu mencecah sehingga -40 darjah Celcius, dan kelajuan angin yang berubah antara 40 km/j hingga 80 km/j.

Malah, pada ketinggian tersebut kadar oksigen dikatakan 50 peratus kurang berbanding kandungan pada aras laut.

"Ketika kami tiba di Umling La Pass, berdiri selama 30 minit merupakan satu perkara yang mencabar, dan bagaimana pasukan kami dapat menghabiskan pemanduan di jalan dalam keadaan cuaca ekstrem itu sukar untuk dibayangkan.

"Sepanjang pemanduan sejauh 87.5 km dari Hanle ke Umling La Pass, Urus menunjukkan prestasi yang cemerlang di bawah mod pemanduan Terra dan Sport di atas jalan yang lebih tinggi altitudnya berbanding kem yang terletak di Gunung Everest.
 

Umling La Pass


Lamborghini Urus dikuasakan oleh nadi 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 641 hp dan 850 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 3.6 saat dan kelajuan tertinggi 305 km/j.

Dalam ujian yang dijalankan sebelum ini, Urus mampu mencapai kelajuan tertinggi 298 km/j atas laluan berais!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…