Lamborghini Urus bakal terima pesaing baharu daripada Lexus

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menyaingi kehebatan dan prestasi yang diberikan oleh Lamborghini Urus, Lexus kini sedang merancang untuk menghasilkan SUV kelas perdana (flagship) menurut laporan yang diterbitkan oleh Spyder7 dari Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Crossover berprestasi tinggi ini dikhabarkan bakal menerima dua pilihan enjin, model asas akan menerima enjin 3.5 liter bentangan V6 (424 kuasa kuda) manakala varian tertinggi pula bakal menggunapakai enjin hibrid 4.0 liter V8 twin-turbo yang digandingkan dengan dua buah motor elektrik.
 


Enjin hibrid yang diambil secara terus daripada Lexus LC F itu bakal menghasilkan kuasa setinggi 661 kuasa kuda, lebih tinggi daripada kuasa yang diekstrak daripada enjin Urus 4.0 liter V8 turbo berkembar. 

Laman web Spyder7 itu turut mendakwa SUV crossover Lexus tersebut bakal dibangunkan berdasarkan konsep LF-1 Limitless yang diperkenalkan kepada umum awal tahun yang lalu. 
 


Model konsep LF-1 Limitless dipertontonkan kepada umum bagi memberikan gambaran kepada umum potensi sebenar sebuah crossover mewah kelas perdana pada masa akan datang daripada Lexus. 

Sekiranya semua operasi berjalan lancar, super SUV ini bakal memakai lencana LQ yang telah dipatenkan sebelum ini, dengan harga sasaran $50 ribu lebih murah berbanding harga jualan semasa SUV Urus. 


Ekstra: Lexus LF-1 Limitless

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…