Lamborghini Urus 2023 pecah rekod SUV di Pikes Peak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Urus Pikes Peak 2022
Lamborghini Urus Pikes Peak 2022
Rupa-rupanya ada Lamborghini Urus baharu bakal diperkenalkan pada Ogos depan. Mungkin ini adalah model facelift sejak dikeluarkan pada 2018.

Belum pun diperkenalkan, Urus 2023 telah mencatatkan rekod baharu di litar Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) dengan mencatatkan masa terpantas bagi sebuah SUV produksi.

Urus tersebut dipandu oleh pemandu ujian Pirelli, Simone Faggioli yang juga pemegang rekod kategori pacuan roda belakang pada perlumbaan Race to the Clouds Pikes Peak 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Lamborghini Urus Pikes Peak 2022

 

Acara pengejaran masa (time attack) itu dijalankan di laluan sama perlumbaan dan bermula dari ketinggian 2862 meter dengan 156 selekoh dan jarak 20 km dan berakhir pada ketinggian 4302 meter.

Seperkara menarik, Urus tidak memasuki perlumbaan rasmi namun masa direkodkan oleh pencatat masa PPIHC.

Masa yang diambil? 10:32.064! Simone Faggioli dan Urus mengatasi rekod 2018 dengan masa 10:49.902 yang dicatat oleh Rhys Millen menggunakan Bentley Bentayga.

 

Lamborghini Urus Pikes Peak 2022

 

Urus yang digunakan kekal dengan enjin standard V8 dan beberapa ubah suai dalaman dibuat bagi mematuhi peraturan keselamatan PPIHC.

Bahagian penumpang dipasang rangka keselamatan, kerusi perlumbaan dengan tali pinggang keledar enam sudut dan pemadam api.

Selain rekod baharu, gambar yang dikongsi sedikit sebanyak mendedahkan butiran Urus 2023. 

 

Lamborghini Urus Pikes Peak 2022

 

Dari depan, bilah bampar nampak lebih ringkas dengan garis melintang dan bonet mempunyai liang udara.

Bahagian tepi pula nampak sama manakala bampar belakang berbeza pada liang sisi dan bahagian tengah.

Secara asasnya boleh dikatakan penampilan luar Urus 2023 tidak membawa perubahan ketara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini Urus Pikes Peak 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…