Lamborghini untung besar, tidak perlu bergantung pada Audi

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perniagaan yang menguntungkan kebanyakan pengeluar supercar ialah dengan menjual SUV pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, bubuh sahaja enjin yang berkuasa di dalam kereta famili, dan anda akan dapat melihat lebih ramai pihak berpusu-pusu untuk mendapatkan produk tersebut.

Hasilnya?
 

Urus


Sepanjang tahun 2022, Lamborghini berjaya mencatatkan perolehan sebanyak €2.38 billion, margin operasi 25.9 peratus, pendapatan operasi sebanyak €614 million dan berjaya menjual 9,233 unit, di mana 5,367 unit merupakan model Urus.

Ia juga menjadi sebab kenapa Lamborghini berupaya untuk membangunkan sendiri model supercar baharu, dan tidak perlu bergantung kepada Audi (lihat sahaja model Gallardo, Huracan).

Menurut pengarah wilayah Asia-Pasifik, Francesco Scardaoni mendedahkan pengganti Huracan akan dibangunkan sepenuhnya oleh Lamborghini.
 

huracan


"Memandangkan kami berjaya memperoleh keuntungan besar, kami telah mendapat lampu hijau untuk membangunkan platform tersendiri

"Daripada satu sudut, menjadi sebahagian daripada VW Group dan berkongsi platform itu satu perkara yang bagus, disebabkan anda boleh berkongsi teknologi - dan menggunakan teknologi yang sudah diperakui daripada jenama lain - ia satu pendekatan baik.

"Namun, dapat mereka bentuk platform sendiri memberikan kami lebih kebebasan untuk mencipta satu pelantar yang sesuai dengan DNA Lamborghini tanpa berkompromi.

Untuk makluman, model Huracan telah pun dihentikan penjualannya, disebabkan kesemua slot produksi telah pun habis ditempah, dan enjin V10 juga turut dihentikan produksinya.

Besar kemungkinan supercar baharu itu bakal menampilkan tetapan plug-in hybrid yang dipadankan dengan nadi V8 turbo berkembar, dan sistem transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…