Lamborghini terpaksa had pengeluaran untuk kekal sebagai jenama eksklusif

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh enam bulan yang pertama tahun ini, Lamborghini telah berjaya mengedarkan 2,693 buah Urus, 1,211 Huracan dan 649 Aventador.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak syak lagi, dengan pengenalan model SUV berprestasi tinggi Urus, jualan keseluruhan Lamborghini semakin menaik saban hari dan ini merupakan perkara yang kurang baik pada pendapat CEO-nya, Stefano Domenicali. 

Beliau berpendapat, jika tiada sebarang tindakan bagi menghentikan perkara yang baik ini, ia akan memberikan masalah yang sangat besar, terutama kepada jenama premium seperti Lamborghini. 

Tambah beliau lagi, jika terlalu banyak jentera Lamborghini di atas jalan, jenama lembu tempur tersebut akan hilang tahap eksklusifnya di mata umum. 

Oleh sebab itu, berdasarkan laporan daripada Automotive News Europe, Lamborghini akan mengehadkan kadar pengeluaran setahun kepada 8,000 unit sahaja, walaupun terpaksa menghadapi kemungkinan kehilangan pelanggan di mana permintaan melebihi pengeluaran output. 

Susah juga bila sesuatu jenama menjadi terlalu laris ya? 

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…