Lamborghini terbakar, pemandu 62 tahun maut

oleh Firdaus Razani|
Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun maut selepas Lamborghini Huracan yang dipandunya kemalangan dan terbakar di Kilometer (KM) 57, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Fung Swee Yen ditemukan rentung selepas terperangkap di dalam kereta itu yang terbakar dan gagal dikeluarkan oleh orang awam.

Beliau berkata, nahas 9.45 pagi tadi dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal keretanya itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bentong.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

"Kereta itu kemudian melanggar tembok sebelum menggelungsur ke longkang kiri jalan dan berpusing lalu terbakar," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Zaiham berkata, insiden berkenaan turut menyebabkan penumpang kereta itu membabitkan seorang wanita tempatan berusia 47 tahun cedera.’

Beliau berkata, wanita itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

"Penumpang wanita itu melecur pada tangan dan kaki. Mangsa kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil," katanya.

Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu, supaya tampil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Lamborghini dipandunya terbabas dan terbakar di lokasi berkenaan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

SUMBER : HarianMetro

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Chronograph ini menerima tauliah dari Poinçon de Genève dan juga Bureaux Suisses de Contrôle…
Berita Global
  Lamborghini memaklumkan rekaan enjin pembakaran dalaman (ICE) serba baharu itu datangnya dari …
Sukan Bermotor
Perlumbaan LSTA tersebut menggunakan jentera Lamborghini sememangnya khas untuk perlumbaan atas…