Lamborghini Sian FKP 37 hadir dalam bentuk roadster - 819 hp, 19 unit sahaja dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran model Sian FKP 37 yang berlangsung pada tahun lalu, Lamborghin telah melancarkan sebuah lagi varian Roadster Sian FKP 37 menerusi acara dalam talian malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan trenkuasa hibrid yang serupa terdapat pada model coupe Sian FKP 37, iaitu enjin bentangan V12 6.5 liter serta bantuan motor elektrik 48 voltan yang mampu menyalurkan kuasa ekstra 34 hp menerusi superkapasitor pengecasan ultra pantas. 
 


Secara keseluruhannya, Roadster Sian FKP 37 ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 819 kuasa kuda, dan membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat sahaja. 

Malah, Lamborghini mendakwa kelajuan tertinggi yang mampu dicapai adalah melebihi 350 km/j!
 


Peranan motor elektrik itu bukan sahaja bertujuan untuk memberikan pecutan tambahan, malah ia lebih berguna ketika situasi yang tidak memerlukan anda menggunakan kesemua 819 kuasa kuda, seperti di kawasan parkir menggunakan kuasa elektrik semata-mata. 

Tidak seperti model coupe Sian FKP 37  yang ditawarkan dalam 63 unit terhad, model Roadster Sian FKP 37 ini lebih terhad bilangannya, iaitu 19 unit sahaja. 
 


Setiap unit dihasilkan mengikut kehendak pelanggan yang menggunakan khidmat divisyen kustom Ad Personam Lamborghini, di mana tiada dua unit supercar tanpa bumbung ini memiliki spesifikasi yang serupa. 

Namun, berita buruk, kesemua 19 unit Roadster Sian FKP 37 ini telah pun habis terjual. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, model yang dibangunkan berasaskan Sián dan Aventador itu dijual…
Berita Global
Dimensi replika Lamborghini Sián FKP 37 ini berukuran 4,980 mm panjang, lebar 2,101 mm dan tinggi 1…
Gaya Hidup
LEGO Technic Lamborghini Sian FKP 37 telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada Frankfurt Auto…