Lamborghini Seoul lancar dua model khas bertemakan rekaan tradisi Korea

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran Lamborghini Countach tempoh hari, masyarakat (peminat) Lamborghini Korea Selatan turut disajikan dengan pelancaran model edisi khas iaitu Lamborghini Aventador S Roadster Korean Special Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada dua unit sahaja, pengenalan model convertible edisi khas ini dihasilkan sebagai simbolik hubungan antara Korea dengan Itali, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada tradisi dan kecantikan Korea yang unik.

Dua warna sahaja dikhususkan, iaitu Green Ocno yang melambangkan 'sentimen hangat Korea', manakala warna Blue Emera pula melambangkan kepintaran dan kebijakan.
 

A


Terdapat grafik unik yang merupakan rekaan tingkap tradisional Korea yang dilayangkan pada bahagian bonet hadapan, serta panel pada bahagian kiri dan kanan.

Sementara pada ruang enjin pula menampilkan dua unit trigram bendera Korea iaitu Geon dan Gam.
 

A


Ruang kabin Aventador S edisi khas ini didatangkan dalam warna yang terang (Bianco Leda) yang melambangkan semangat Korea.

Tiada sebarang harga jualan didedahkan oleh Lamborghini Seoul, namun yang pasti harganya tidak lah semurah yang dijangkakan.
 

A


Sebelum ini, Lamborghini Mexico turut hadir dengan empat unit Lamborghini Huracan Evo di mana setiap satunya didatangkan degnan tema yang berbeza mengikut budaya Mexico.