Lamborghini panggil kembali Aventador SVJ - panel pelindung enjin mudah 'terbang'

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini Lamborghini menerusi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengeluarkan arahan untuk memanggil kembali model Aventador SVJ Coupe yang dibina antara 4 Julai 2018 sehingga 15 Januari 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 221 unit Lamborghini Aventador SVJ Coupe dikhuatiri terjejas akibat risiko panel penutup enjin yang mudah tercabut ketika pemanduan berkelajuan tinggi.

Menurut butiran yang diterbitkan, elemen plastik pada engsel penutup enjin didapati akan berubah bentuk disebabkan kepanasan yang melampau, dan menyebabkan panel tersebut tercabut tanpa sebarang amaran.

Mujur juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan berhubung isu kempen panggil semula melibatkan Lamborghini Aventador SVJ Coupe ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…