Lamborghini mahu had produksi kepada 8,000 unit setahun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan model SUV berprestasi tinggi Lamborghini Urus memberikan lebih keuntungan kepada Lamborghini, seterusnya membolehkan mereka tampil dengan idea yang lebih baharu pada masa akan datang. 

Dari segi perniagaan, ia mungkin satu langkah yang sangat baik, namun di pihak Lamborghini, mereka tidak mahu kenderaan buatan Sant'Agata kehilangan nilai eksklusiviti.

Jadi, demi memastikan Lamborghini tidak mencapai ke tahap itu, menurut CEO Stefano Domenicali, mereka menetapkan sasaran maksimum produksi kepada 8,000 unit sahaja untuk setahun. 

Langkah ini bertujuan untuk memastikan profit yang berterusan dicapai dan dalam masa yang sama memelihara nilai eksklusif sebuah Lamborghini di mata para peminat dan pengguna mereka. 
 


Daripada 8,000 unit yang dihadkan itu, separuh daripadanya dikhususkan kepada produksi SUV Urus, dan  dua pertiga daripada jumlah selebihnya akan dislotkan kepada penghasilan Huracan. 

Manakala nilai selebihnya akan dikhususkan kepada model perdana Lamborghini, iaitu Aventador. 

Jika dilihat daripada pencapaian Lamborghini tahun lalu, mereka berjaya mengedarkan sejumlah 5,750 unit kenderaan di pasaran global, peningkatan sebanyak 51% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. 

Daripada jumlah itu, lebih 1,761 unit Urus berjaya diserahkan kepada para pemiliknya, walaupun model SUV tersebut sebenarnya baharu sahaja dilancarkan pada tahun yang ssama. 

Angka 8,000 unit tersebut sebenarnya tidak mustahil untuk dicapai, memandangkan terdapat peningkatan dari segi pemilikan di kalangan para pemilik muda yang mahukan sebuah jenama yang cool di mata mereka, menurut Domenicali lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Nikkei Asia, Nissan akan memperlahankan produksi model Note pada bulan ini…