Lamborghini lancar SUV pecah rekod Pikes Peak - Urus Performante dengan 666 PS!

oleh Mohamad Hanif|
SUV berprestasi tinggi Lamborghini Urus kini telah diberikan nafas baharu dengan talaan kuasa yang lebih pantas, membolehkannya berjaya memecahkan rekod SUV terpantas di Pikes Peak baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 666 PS dan 850 Nm, peningkatan sebanyak 16 hp yang membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.3 saat.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 306 km/j.
 

Urus


Prestasi tersebut banyak disumbangkan oleh penggunaan bahan ringan gentian karbon yang paling banyak di dalam kelasnya, sekaligus mengurangkan berat sebanyak 47 kg!

Lamborgini Urus Performante membawakan penampilan yang lebih agresif disumbangkan oleh rekaan bampar depan yang garang, hud gentian karbon berventilasi, splitter depan gentian karbon, tirai udara, arka roda gentian karbon, serta spoiler belakang yang besar - menyumbang kepada peningkatan daya turun 38 peratus.

Pembeli juga boleh menempah bumbung gentian karbon untuk dipadankan pada Urus Performante ini.
 

Urus


Bahagian belakang pula dikemaskan dengan diffuser gentian karbon, bampar gentian karbon, serta sistem ekzos titanium Akrapovic yang menjanjikan resonans bunyi berkarakter daripada sebuah Lamborghini.

Selain daripada itu, sistem gantungan telah direndahkan sebanyak 20 mm terima kasih kepada penggunaan spring keluli baharu, dibantu dengan rim bersaiz 22 (atau 23 inci) yang dibaluti tayar Pirelli P Zero.
 

Urus


Kemasan sporti turut dipadankan pada ruang kabin, di mana tempat duduk dibaluti bahan Alcantara dengan aksen heksagon, diikuti dengan roda stereng balutan kulit/Alcantara serta trim aluminium hitam anodiza.

Terdapat juga opsyen Dark Package yang menampilkan warna hitam kusam pada bahagian suis dan butang kawalan.

Aspek pemanduan Lamborghini Urus Performante ini dipertingkatkan dengan sistem stereng yang telah dikalibrasi semula bagi menawarkan input yang lebih terus dan jitu, diikuti dengan pengedaran daya kilas yang dioptimasikan, serta mod pemanduan yang ditambahbaik.
 

Urus


Terdapat mod baharu Rally yang membolehkan pemilik menikmati pemanduan sporti di atas jalan off-road yang ringan.

Harga jualan Lamborghini Urus Performante bermula dari $260,676 (RM1,166,916) di Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
  Kerjasama di antara Automobili Lamborghini dan Polis Itali bermula sejak 2004 dan Urus…
Berita Global
Namun, disebabkan statusnya sebagai sebuah jentera yang tidak halal digunakan atas jalan raya,…