Lamborghini lancar Sterrato versi dua roda kayuh sendiri, dari RM66k

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini menggandingkan dua dunia supercar dan off-road menerusi penawaran model Huracan Sterrato pada bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan unit penghasilan sekitar 1,499 unit sahaja, sudah pasti harga jualannya di luar batasan kemampuan.
 

3T


Jika anda benar-benar mahukan sebuah model Sterrato, Lamborghini ada menawarkan model tersebut dengan kos yang lebih rendah namun dengan dua kekurangan - hanya boleh didapati dalam versi dua roda dan anda perlu kayuh sendiri model ini.

Menerusi kerjasama dengan pengeluar basikal premium Itali 3T, Lamborghini melancarkan model 3T Exploro Racemax x Huracan Sterrato berharga $15,000 (RM66,210).
 

3T


Basikal gravel ini direka untuk tunggangan di atas laluan off-road yang ringan, didatangkan dengan sistem gear Sram Rival AXS 10-36t 12 nisbah kelajuan, penukar gear Sram Red AXS dan brek cakera depan dan belakang.

Basikal 3T ini menggunakan tayar Pirelli Cinturato Gravel 700c 40 mm yang membaluti roda karbon Discus 45 | 40 LTD diikuti pelana Fizik Antares Versus EVO 00 Adaptive.
 

3T


Difahamkan, kurang daripada 2,000 unit basikal 3T Exploro Racemax x Huracan Sterrato yang bakal ditawarkan kepada umum.

Sebagai perbandingan, model basikal standard Exploro Racemax Italia dijual pada harga bermula dari $11,999 (RM52,952).

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …