Lamborghini lancar opsyen aksesori gentian karbon khusus untuk SUV Urus

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjadikan penampilan SUV pantas Urus ini lebih menonjol, Lamborghini telah memperkenalkan opsyen aksesori di mana kesemua opsyen tersebut diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon.

Menerusi program Lamborghini Accessori Originali, Lamborghini menawarkan pelbagai jenis aksesori termasuk pelindung cermin sisi, splitter hadapan, hiasan pada liang kemasukan udara, skirt sisi, spoiler lip belakang, diffuser dan juga penutup hub tengah rim.

 


Sementara ruang dalaman pula turut ditawarkan dengan trim gentian karbon yang boleh dipasang pada side sill, papan pemuka, konsol tengah, serta terowong transmisi.

Ruang enjin juga tidak dilupakan dengan kehadiran opsyen penutup enjin yang juga diperbuat daripada gentian karbon dan dihiasi dengan jalur tiga warna bendera Itali.

Untuk melindungi SUV ini ketika di tempat parkir, Lamborghini turut menawarkan sarung pelindung dengan penampakan seperti bahan karbon.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mansory baru-baru ini melancarkan dua buah SUV mewah Urus dan juga G-Class di mana tidak seperti…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah sistem infotainmen…
Berita Global
Kini, terdapat satu varian baharu Urus yang bertindak sebagai model aras mula sebagai satu…