Lamborghini lancar koleksi warna 'fancy' Fluo Capsule untuk Huracan anda!

oleh Mohamad Hanif|
Koleksi warna baharu yang dilancarkan oleh Lamborghini ini mengingatkan penulis kepada babak Roman Pierce di dalam siri Fast and Furious di mana beliau memilih warna neon orange untuk jentera Lamborghini beliau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehinggakan Roman diperli oleh pegawai dengan kata-kata "It's neon orange, The International Space Station will see it coming!".

Kembali kepada dunia realiti, koleksi warna yang sangat fancy ini merupakan sebahagian daripada koleksi Fluo Capsule untuk Lamborghini Huracan Evo terdiri daripada lima warna-warna yang cerah seperti:

  • Verde Shock (hijau)
  • Arancio Livrea (jingga)
  • Celeste Fedra (biru)
  • Arancio Dac (jingga)
  • Giallo Clarus (kuning)


Setiap warna tersebut didatangkan dengan kombinasi warna hitam matte pada bumbung, bumper hadapan dan skirt sisi, sementara warna ruang kabin juga turut mendapat warna yang sepadan serta opsyen trim yang boleh dipilih.

Tempat duduk pula didatangkan dengan kerusi selesa yang standard atau opsyen sports seat dalam balutan Alcantara atau kulit dengan trim Evo Sportivo.

Pelindung butang Start & Stop dan jahitan perisai Lamborghini pada perehat kepala juga turut didatangkan dengan warna yang sepadan, dan menurut Lamborghini, "hasil kombinasi warna ini merupakan interaksi kontras yang sangat teknikal, dan mampu membuka ekspresi bagi mereka yang berani untuk menjadi lain dari yang lain.

 


Penawaran warna baharu Fluo Capsule untuk Huracan Evo ini boleh didapati pada model tahun 2021 (2021MY) baik dalam bentuk coupe atau Spyder, serta trenkuasa RWD atau AWD.

Sebagai info, Huracan Evo dijana dengan enjin V10 5.2 liter yang menghasilkan 602 kuasa kuda dan 560 Nm untuk versi pacuan roda belakang, sementara versi AWD pula mampu menghamburkan 631 hp dan 600 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…