Lamborghini jual headphone, earphone TWS, bermula dari RM1,806

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pencinta audio yang berkualiti tinggi (audiophile), di mana Lamborghini telah bekerjasama dengan jenama audio premium New York Master & Dynamic.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diinspirasikan daripada jenama supercar Itali, koleksi yang dilancarkan itu terdiri daripada headphone dengan sistem pembatalan hingar aktif MW65 dan True Wireless Earphone MW07.

Headphone MW65 boleh didapati dalam kombinasi warna seperti silver metal/light grey/yellow Alcantara, black metal/black yellow Alcantara dan black metal/black grey Alcantara.

 


Terdapat sehingga dua mod pembatalan hingar aktif yang ditawarkan, mod sambungan Bluetooth 5.0 dan masa penggunaan pula adalah sehingga 24 jam untuk sekali caj penuh.

Sementara earphone MW07 pula boleh didapati dalam kombinasi warna polished white (bekas matt silver), polished black (bekas matt black) dan matt black (bekas matt black).

 


Bekas pengecas yang didatangkan ini mampu memberikan tenaga selama 40 jam dan mempunyai motif Y Raging Bull.

Kedua-dua produk MW65 dan MW07 boleh ditempah menerusi kedai dalam talian Lamborghini dan Master & Dynamic dengan harga bermula dari €371 (RM1,806) untuk earphone TWS MW07 dan €571 (RM2,777) untuk headphone MW65.