Lamborghini Huracan terjun masuk tasik, pemilik disindir pula oleh pihak berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua orang mampu mengawal kuasa kuda yang dihamburkan oleh sesetengah kereta sports, apatah lagi model yang ternyata liar kuasa kudanya, seperti Lamborghini Huracan yang dipaparkan dalam artikel ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang pemilik Lamborghini Huracan warga Switzerland berusia 31 tahun itu dikatakan tersalah pijak pedal ketika sedang mengundur di kawasan parkir berhampiran tasik Mondsee.

Kesilapan itu menyebabkan kereta itu mengundur dengan pantas sebelum terjunam ke dalam tasik sedalam 15 meter. Mujur pemandu itu sempat keluar dan berenang untuk menyelamatkan diri.

Pemandu yang mengalami kecederaan ringan itu kemudian dibawa ke hospital Vöcklabruck.

 


Insiden ini ternyata mengundang sindiran daripada pihak polis Austria, berdasarkan hantaran di media sosial Twitter.

Hantaran tersebut berbunyi:

"Setelah menyaksikan babak pengakhiran yang tidak diduga dalam filem No Time To Die, seorang warga Switzerland cuba untuk menjadi pengganti Daniel Craig sebagai James Bond.

"Malangnya, cubaan untuk meniru aksi Lotus Esprit dalam filem 'The Spy Who Loved Me' itu gagal."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…
Berita Global
Huracan tersebut telah disumbang oleh Lamborghini untuk Polis Itali beberapa tahun yang lepas,…