Lamborghini Huracan Sterrato Crossover, untuk kegunaan off-road dengan 602 HP

oleh Penyumbang Rencana|
Lamborghini melancarkan supercar khas untuk kegunaan off-road, Huracan Sterrato Crossover, bersama suspensi yang ditinggikan untuk keseronokan atas jalan dan off-road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan hanya gaya semata-mata, Lamborghini telah menghasilkan beberapa komponen asli bagi memberikan pengalaman off-road sebenar di dalam sebuah supercar.

 

Front

 

Pada bahagian bawah, ianya didatangkan dengan pelindung aluminium, dipadankan dengan tayar Bridgestone Dueler AT002 19 inci dengan kelebaran 235 di hadapan dan 285 di belakang, ianya direka untuk membolehkan pemanduan pada permukaan batu kelikir dan tarmac.

Lamborghini turut tawarkan teknologi runflat yang membolehkan kereta dipandu sejauh 80 km pada 80 km/j dengan tekanan udara sifar.

 

Snorkel

 

Lamborghini Integrated Vehicle Dynamics (LDVI) juga didatangkan dengan mod pemanduan Rally baharu untuk menghadapi laluan dengan cengkaman rendah.

Lamborghini turut memasang snorkel udara di atas bumbung bagi menyalurkan udara lebih bersih di laluan berdebu.

Arch tambahan turut dipasang untuk diserasikan dengan kelebaran roda yang diregangkan sebanyak 30 mm depan dan 34 mm belakang bersama lampu LED pada bumper dan rel bumbung bagi memberikan rupa seakan jentera rally.

 

Arch


Sterrato Crossover ini dikuasakan dengan enjin V10 5.2 liter yang menghasilkan 602 HP dan 565 Nm. Dengan semua komponen tambahan pada Sterrato, ianya memiliki berat tambahan sehingga 1470 kg.

Sama seperti Porsche 911 Dakar, had laju Sterrato Crossover turut dihadkan oleh komponen elektronik dimana ia hanya menghasilkan kelajuan sehingga 260 km/j sahaja, tidak seperti keluarga Huracan yang lain menghasilkan sehingga 322 km/j.

Tiada harga rasmi yang dikeluarkan Lamborghini, tetapi ianya mungkin terletak pada harga yang sama dengan model STO iaitu RM 1.5 juta.

Lamborghini hanya akan membina 1,499 unit sahaja bermula Februari 2023 dan bagi model istimewa seperti ini, ianya pasti akan habis dijual dalam tempoh yang pantas.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …