Lamborghini Huracan Spyder rosak teruk selepas 20 minit keluar pusat pameran

oleh Mohamad Hanif|
Di Leeds, United Kingdom seorang pemilik Lamborghini terpaksa berputih mata apabila Huracan Spyder yang baru dibeli rosak teruk akibat kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih menyedihkan, Lamborghini Huracan Spyder tersebut baharu sahaja 20 minit meninggalkan pusat pameran sebelum berhenti di tengah-tengah lebuhraya M1, West Yorkshire akibat kerosakan mekanikal.

Tambah malang apabila pemilik Lamborghini tersebut tidak sempat untuk mengalihkan kenderaannya ke bahu jalan apabila kereta beliau dirempuh oleh sebuah van dari arah belakang.

Menurut laporan daripada BBC News, pemandu van tersebut hanya mengalami cedera ringan di kepala, manakala nasib pemandu Lamborghini Huracan tersebut tidak diketahui.

Sebagai makluman, Lamborghini Huracan Spyder dijual pada harga bermula dari $265,000 (RM1.13 juta) untuk model tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, bubuh sahaja enjin yang berkuasa di dalam kereta famili, dan anda akan dapat melihat lebih…
Berita Global
Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah ini melibatkan klip…
Berita Global
Ini kerana pengeluar dari Sant'Agata Bolognese itu tampil dengan sebuah lagi jentera Huracan pacuan…