Lamborghini Huracan EVO Spyder RWD - varian EVO terbaharu, dari RM992k

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, terdapat tiga model hardcore Huracan yang telah diperkenalkan oleh Lamborghini untuk dipilih oleh mereka yang berwang iaitu Huracan EVO coupe AWD, Huracan EVO convertible AWD dan juga Huracan EVO Coupe dengan pacuan roda belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tunggu dulu, ada lagi sebuah model yang baharu sahaja dilancarkan oleh Lamborghini dan model keempat ini merupakan sebuah Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder (convertible).

Ia diperkenalkan secara rasmi selepas kira-kira empat bulan pengenalan model Huracan EVO Coupe RWD pada bulan Januari yang lalu.

 


Sama seperti adik beradik EVO yang lain, Huracan EVO Spyder ini datang dengan nadi V10 5.2 liter yang mampu menghamburkan 610 kuasa kuda dan 560 Nm yang memacu roda belakang sahaja menerusi gandingan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Atas jalan, Huracan EVO Spyder RWD ini mampu memecut sepantas 3.5 saat dari pegun ke 100 km/j dan kelajuan maksimum dihadkan kepada 324 kilometer sejam, sedikit perlahan berbanding versi coupe.

 


Antara ciri menarik yang didatangkan pada Huracan EVO Spyder ini adalah bumbung lembut berkuasa elektrik yang mampu dilipat penuh sepantas 17 saat pada kelajuan sehingga 50 km/j.

Kebaikannya? Anda boleh menikmati deruman enjin V10 tersebut ketika meluncur laju di atas jalan raya.

Pemilik juga boleh menetapkan kemasan yang berbeza pada bumbung itu untuk dipadankan dengan seleksi warna luaran Huracan yang ekstensif itu.

Lamborghini mendatangkan set rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero sebagai standard, dan opsyen rim bersaiz lebih besar (20 inci) serta brek seramik karbon.

 


Kesan daripada ketiadaan bumbung kekal serta penggunaan bahan ringan seperti aluminium dan gentian karbon pada casis dan stuktur bumbung menjadikan Huracan EVO Spyder RWD ini memiliki berat kering 1,509 kilogram sahaja, sedikit berat berbanding versi coupe (1,421 kg).

Ruang kabin Huracan EVO Spyder RWD ini memiliki susunan dan bahan yang sama seperti EVO yang lain termasuklah skrin paparan bersaiz 8.4 inci yang didatangkan dengan sambungan peranti pintar Apple CarPlay.

 


Harga jualan Huracan EVO Spyder RWD dengan bumbung soft-top ini dijual pada harga $229,428 (RM992,160) - menjadikannya antara model Huracan paling mampu milik.

Sebagai perbandingan, Huracan EVO Coupe RWD memiliki tanda harga $208,571 diikuti oleh Huracan EVO Coupe AWD ($261,274) dan Huracan EVO Spyder AWD ($291,095).

Baca: Huracan EVO Coupe RWD

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …