Lamborghini Huracan Evo bertugas sebagai kereta follow-me di Bologna Airport

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini baru-baru ini telah memperbaharui kontrak bersama Bologna Guglielmo Marconi Airport untuk menjadi pembekal supercar Lamborghini Huracan Evo kustom untuk kegunaan di lapangan terbang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah keliru, Lamborghini Huracan Evo ini bukanlah bertujuan untuk mengejar penjenayah macam filem tak masuk akal Fast & Furious, sebaliknya ia berperanan sebagai follow-me car yang akan memberikan panduan kepada pesawat sebelum berlepas atau selepas mendarat.

 


Jentera Huracan Evo itu menampilkan liveri kustom yang dihasilkan oleh Lamborghini Centro Stile dengan kemasan warna Arancione Matt, ayat 'Follow Me in Our Beautiful Country' dan bendera Itali.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan segala peralatan komunikasi yang lazim dimuatkan pada sesebuah kenderaan yang ditugaskan di lapangan terbang.

 


Sebelum ini, pihak lapangan terbang Bologna telah pun mendapat beberapa buah jentera follow-me seperti Huracan Evo dengan liveri bendera Itali, layangan warna kuning terang, serta sebuah Lamborghini Aventador pada tahun 2013.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kit jigsaw puzzle 3D itu membenarkan peminatnya untuk memasang sebuah Lamborghini Huracan Evo…
Berita Global
Tunggu dulu, ada lagi sebuah model yang baharu sahaja dilancarkan oleh Lamborghini dan model…
Berita Global
Dinamakan sebagai Huracan EVO Rear-Wheel Drive (RWD), Lamborghini mahu memastikan pemandu merasai…