Lamborghini henti produksi enjin V10, pengganti Huracan bakal dapat nadi V8 hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini kini sedang dalam proses untuk melancarkan model-model berelektrik untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Motortrend, khidmat enjin pembakaran dalaman tulen bakal ditamatkan sepenuhnya bagi memberikan laluan kepada trenkuasa hibrid.

Salah satu model yang bakal mendapat nadi hibrid merupakan model pengganti Huracan, di mana enjin V10 aspirasi natural (NA) bakal ditamatkan produksi dan digantikan dengan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar dengan bantuan hibrid.

Tidak menggunakan boost konvensional, nadi V8 baharu itu akan menggunakan teknologi elektrifikasi untuk meningkatkan prestasi sehingga putaran enjin 7,000 rpm.

Hanya selepas julat itu, baharulah unit pengecas turbo akan berfungsi dan memberikan kuasa tambahan sehingga 10,000 rpm, yang membenarkan model pengganti Huracan menawarkan pengalaman pemanduan yang sama seperti supercar dengan enjin aspirasi natural.
 

huracan


Selain itu, nadi V8 baharu itu juga akan menggunakan motor elektrik axial-flux yang akan diposisikan antara enjin dan transmisi dan mampu bertindak sebagai sebuah pengecas lampau.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pengganti Huracan itu mengekalkan sistem pacuan semua roda mekanikal atau menawarkan sistem yang sama dengan bantuan motor elektrik pada gandar depan.

Sumber itu juga tidak mendedahkan perincian bagi model pengganti Huracan seperti keupayaan pengecasan plug-in hybrid, atau kapasiti pek bateri yang bakal dipasang bagi membolehkannya mematuhi peraturan emisi yang semakin ketat.

Yang pasti, dimensi pengganti Huracan ini bakal bertambah panjang bagi membolehkan segala komponen trenkuasa baharu itu mampu dimuatkan tanpa mengorbankan saiz 'frunk' di bahagian hadapan.

Sumber: Motortrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Berita Global
Ia bukanlah satu model yang memberikan keuntungan kepada Lexus (dan Toyota secara amnya), namun ia…
Informasi
Dan ramai yang tahu, Yamaha merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan kepada penghasilan motosikal…