Lamborghini Falco - Lembu Itali kini 'terbang' di udara!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 menyaksikan beberapa pengeluar automotif seperti Geely, Hyundai serta Audi mula bergiat di dalam penghasilan model dan konsep kereta terbang, teksi udara dan juga kenderaan udara tipikal seperti helikopter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Falco merupakan sebuah model konsep helikopter Lamborghini yang dihasilkan oleh Tomas Zumalacarregui Arregui dan ia merupakan sebuah helikopter masa hadapan dengan rekaan rotor berkembar.

 


Dari segi luaran, rekaan Falco dilihat lari dari kebiasaan rekaan tipikal helikopter dengan banyak garisan dan sudut tajam diperlihatkan.

Rekaannya dilihat mampu membawa muatan penumpang sehingga sembilan orang serta mampu memuatkan barangan bersaiz sederhana.

 


Menurut perekanya, rekaan aerodinamik yang sleek tersebut adalah disengajakan bagi memudahkan penerbangan dalam kelajuan yang tinggi.

Malah, berdasarkan gambar render yang diberikan, helikopter Lamborghini Falco ini mampu disesuaikan untuk kegunaan peribadi, atau untuk tujuan pencarian dan menyelamat mangsa.

 


Buat masa ini, Lamborghini Falco masih kekal sebagai sebuah model konsep semata-mata manakala rekaan kabin masih lagi di dalam progres menurut kata-kata perekanya.

Sumber: Tomas Zumalacarregui Arregui