Lamborghini dedah tiga teaser Countach moden

oleh Mohamad Hanif|
Rekaan asal "Italian Wedge" yang dibawakan pada Lamborghini Countach yang terdahulu sememangnya satu perkara yang cukup ikonik di dalam sejarah automotif dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model Countach yang terbaharu ini, Lamborghini telah mendedahkan tiga keping gambar teaser (menerusi laman Instagram) yang memberikan kita idea rupa sebenar model Countach versi moden ini.
 

Countach


Salah satu imej yang ditayangkan menampilkan rekaan bahagian hadapan yang agak tajam, diikuti dengan lencana Countach yang terdapat pada gril nipis, serta bukaan yang besar pada bampar dan kehadiran splitter hadapan.

Sementara gambar kedua pula menampilkan ruang enjin V12 yang dihiasi kemasan emas, namun tidak dapati dipastikan sama ada enjin ini dikekalkan sebagai enjin aspirasi natural ataupun dengan bantuan hibrid.
 

Countach


Gambar terakhir pula memperlihatkan rekaan penggayaan Countach yang sebenar, iaitu liang kemasukan udara ke ruang enjin yang terletak di belakang pintu dengan rekaan yang berpetak menyamai elemen supercar yang asal.

Tiada sebarang tarikh tetap berhubung pelancaran rasmi Countach 'moden' ini.

 

Countach yang asal

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…