Lamborghini Countach LPI 800-4 - Countach moden hibrid 803 hp, 112 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini akhirnya melancarkan secara rasmi hypercar terakhir yang dibangunkan berasaskan casis Aventador, dan membawakan penghormatan kepada model Countach yang asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun menggunakan asas Aventador, Countach LPI 800-4 mempunyai beberapa ciri tersendiri, seperti contoh panel badan serba baharu diperbuat daripada gentian karbon, serta teknologi moden yang dipinjamkan daripada model Sian FKP 37.
 

Countach


Namun begitu, rekaannya banyak mengingatkan kita kepada model supercar yang kerap kali digantung di dinding bilik suatu ketika dahulu, dimulakan dengan unit lampu berbentuk trapezoid, hidung yang rata, serta kemasukan udara bersegi diikuti dengan arka roda bersegi yang menempatkan rim retro bersaiz 20 atau 21 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Corsa.

Di bahagian belakang, unit lampu belakang pula dipinjamkan daripada model Sian, diikuti dengan pemasangan diffuser gentian karbon yang menempatkan kuad tip ekzos, serta ketiadaan sayap belakang kekal, berkemungkinan besar Countach ini menampilkan sistem aerodinamik aktif.
 

Countach


Seperti yang diduga, Countach LPI 800-4 ini berkongsi trenkuasa V12 hibrid yang sama dengan Sian, di mana enjin 6.5 liter longitudinaly positioned (LP) V12 berkuasa 769 hp itu digandingkan dengan motor elektrik 48 Voltan yang menghasilkan tambahan 34 hp yang terletak di dalam kotak gear manual automatik tujuh kelajuan.

Secara keseluruhan, Countach LPI 800-4 ini berupaya menghasilkan 803 kuasa kuda yang memacu keempat-empat roda (perasan nama 800-4?), dan pecutan 0-100 km/j bisa diselesaikan dalam tempoh 2.8 saat sahaja.
 

Countach


Sementara pecutan 0-200 km/j adalah sekitar 8.6 saat sebelum ia mencapai kelajuan tertinggi 355 km/, menjadikannya sama taraf dengan Sian FKP 37 dan model Aventador LP780-4 Ultimae.

Ruang kabin Countach ini menampilkan roda stereng dan tempat duduk daripada model Aventador, namun bahagian seperti papan pemuka, panel pintu, serta konsol tengah pula datang daripada model Sian.
 

Countach


Untuk menjadikan model Countach ini datang dengan rekaan tersendiri, para jurutera Lamborghini telah mereka corong pendingin hawa baharu, serta penambahan trim kulit yang berbeza pada terowong tengah, diikuti dengan skrin sentuh 8.4 inci serba baharu.

Produksi Countach LPI 800-4 ini dihadkan kepada 112 unit sahaja, di mana penghantaran pertama dijadualkan pada suku pertama tahun 2022.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…